suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ulang Desak Christopher Mohon Maaf

Leong didesak supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataannya berhubung keputusan kes liwat Anwar.

PETALING JAYA: Sekumpulan peguam yang menggelarkan diri mereka G100 mengulangi gesaan supaya Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menarik balik kenyataannya yang mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan itu juga mahu Leong memohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman dan mengeluarkan penjelasan kepada badan-badan antarabangsa yang berkaitan berikutan kenyataan kontroversi sebelum ini.

G100 yang ditubuhkan baru-baru ini untuk membantah kenyataan kontroversi Leong berhubung respons kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat.

Pada 21 Februari lalu, kumpulan yang terdiri daripada lebih 100 peguam  mengeluarkan kenyataan akhbar pertama menuntut Leong menarik balik kenyataan yang dibuatnya pada 11 Februari.

Bagaimanapun G100 mengeluarkan kenyataan baharu pada Sabtu lalu, mengulangi gesaan mereka supaya Leong untuk menarik balik kenyataannya.

Ini berikutan kenyataan balas Leong pada Jumaat yang menegaskan bahawa Majlis Peguam bukan pro-pembangkang ataupun kerajaan.

Pada 10 Februari lalu, Anwar kalah dalam rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh di sini.

Mahkamah Rayuan mendapati Anwar, 67, bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Artikel Berikut

Buru Pengelak GST

Artikel Lain