suria

Tiga Exco Pemuda PBS Maut Dalam Kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga anggota Exco Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) maut dalam kemalangan di Kilometer 22 Jalan Keningau-Tenom kira-kira pukul 11.20 malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Supritendan Douglas Ngeying Taong dalam satu kenyataan  berkata,  mereka ialah Wong Wan Siang, 43, Peter Tan Chee Vui @ Peter Chin, 44, dan Dolsin Merindang, 42.

Beliau berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke Kota Kinabalu selepas menghadiri Program Santai Exco Pemuda PBS Bersama Belia di Pusat Daerah Mengundi Pamilan, Tenom.

"Mangsa terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam 10 meter dekat Jambatan Senagang," katanya.

Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal ditempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Keningau untuk bedah siasat.

Pemuda PBS, Tenom

Artikel Lain