suria

Rakyat Malaysia Patut Bangga Jenama Tempatan BritishIndia

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia patut berbangga dengan syarikat fesyen BritishIndia kerana ia adalah salah satu daripada jenama tempatan yang telah berjaya di peringkat antarabangsa.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr. Rebecca Fatima Sta Maria menggesa rakyat Malaysia untuk terus menyokong jenama tempatan bersama dengan beberapa lagi produk lain.

"Kita tidak mempunyai banyak jenama tempatan yang benar-benar berjaya di pasaran antarabangsa, jadi kita perlu sokong mereka," katanya.

Beliau berkata BritishIndia telah lama berkembang tanpa menerima banyak bantuan kerajaan untuk berjaya seperti hari ini.

"BritishIndia adalah sesuatu yang bernilai bersama jenama tempatan yang lain seperti Royal Selangor," katanya ketika dihubungi.

Memetik jenama pakaian sukan Nike dari Amerika Syarikat sebagai contoh, beliau berkata, tidak kira di mana produk itu dikilangkan, tanggapan tetap wujud di kalangan pengguna bahawa ia adalah satu jenama AS.

"Ia adalah cara yang sama apabila anda melihat BritishIndia. Ia dilihat satu jenama Malaysia yang telah berkembang selama ini, "kata Sta Maaria.

"Jenama ini telah berkembang ke tahap di mana kita semua boleh mengatakan bahawa, ya, ini adalah satu jenama Malaysia yang patut kita teruskan kerana ia mencerminkan negara kita".

Beliau berkata kejayaan jenama tempatan seperti BritishIndia membantu Malaysia kerana ia menunjukkan bahawa negara ini boleh menghasilkan produk yang berkualiti tinggi mampu bersaing di peringkat global.

"Kita semua harus berbangga dengan hakikat bahawa kita mempunyai jenama-jenama ini."

Syarikat fesyen yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan yang kini mempunyai lebih daripada 40 cawangan di seluruh Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina, kini dalam pertikaian bersama pihak Suria KLCC yang menjadi salah satu cawangannya.

BritishIndia berkata pihaknya telah dimaklumkan pada 28 Mei tahun lalu bahawa pusat membeli-belah tidak berminat memperbaharui penyewaan.

Malah mendakwa bahawa pihak Suria KLCC mengarah BritishIndia tanpa syarat menerima terma-terma tawaran untuk berpindah ke ruang lain di pusat membeli-belah.

Syarikat pakaian itu pergi ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi terhadap cubaan Suria KLCC menutup premisnya

Pada Selasa, dilaporkan bahawa kedua-dua pihak mencapai persetujuan tidak rasmi untuk "mengekalkan status quo", yang bermaksud bahawa BritishIndia akan mengekalkan ruangnya di Suria KLCC sementara menunggu perbincangan lanjut dengan pengendali pusat membeli-belah itu.

BritishIndia

Artikel Sebelum

Mula-Mula Dirompak, Kini Dibunuh

Artikel Berikut

Artikel Lain