suria

Najib Serah Watikah Pelantikan 26 Anggota Badan Bebas SPRM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin menyampaikan watikah pelantikan kepada 26 anggota tiga badan bebas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pelantikan mereka yang 19 daripadanya merupakan muka baharu adalah bagi menganggotai Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

Tempoh pelantikan anggota Panel Penilaian Operasi dan Jawatankuasa Aduan masing-masing berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun manakala Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah pula selama setahun.

Anggota Panel Penilaian Operasi terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Dr Hamid Bugo; Pengerusi New Straits Times Press (M) Bhd Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengerusi Bank Islam (M) Bhd Datuk Zamani Abdul Ghani; bekas Timbalan Ketua Audit Negara Datuk Azizah Arshad; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah; Pengarah Institut Penyelidikan Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Normah Omar, Prof Madya Fakulti Kriminologi Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sundramoorthy M. Pathamanathan dan bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee.

Anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah pula ialah Pengerusi Media Prima Bhd Tan Sri Johan Jaaffar; Presiden Universiti Limkokwing Tan Sri Dr Lim Kok Wing; Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk Dr Marimuthu Nadason; Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Setiausaha Agung Kehormat Gabungan Pertubuhan China-Malaysia (Huazong) Datuk Prof Dr Chin Yew Sin; Peguam Bela dan Peguam Cara Datuk Zuraidah Atan; bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Datuk Khalid Ibrahim; Presiden Institute of Marketing Malaysia Datuk Sharifah Mohd Ismail; bekas Pengarah Kolej Right Livelihood USM Datuk Dr Anwar Fazal; Pensyarah Fakulti Perakaunan UiTM Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad; Pensyarah Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Prof Madya Dr Ismail Sualman; bekas Presiden Institut Audit Dalaman Malaysia Walter Sandosam dan Pengarang The Sun Daily R. Nadeswaran.

Anggota Jawatankuasa Aduan terdiri daripada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Wilson Baya Dandot; bekas Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohammad Hatta Abd Aziz; bekas Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Ahmad Said dan bekas Pengarah Pengurusan Sumber Manusia dan Perkhidmatan Am SPRM Rohani Abdul Kadir.

SPRM yang diwujudkan pada 2009, mempunyai lima badan bebas iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Panel Penilaian Operasi, Jawatankuasa Aduan dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah.

SPRM

Artikel Sebelum

Rafizi Pelawa KJ Berdebat

Artikel Lain