suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jentera Bomba Terbalik, Tiga Anggota Cedera

ALOR SETAR: Tiga anggota bomba cedera selepas jentera yang dinaiki terbabas dan terbalik di Jalan Kundor di sini pada Isnin.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, tiga anggota bomba sukarelawan dari Simpang Kuala dilapor dalam perjalanan ke lokasi kebakaran.

Bagaimanapun ketika tiba di lokasi kejadian, jentera tersebut dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk mendapat rawatan lanjut.

Kumpulan sukarelawan bomba tersebut didakwa dalam perjalanan untuk memadam kebakaran kilang perabot di Mergong di sini.

Bomba

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain