Kes Altantuya: Siasat Dakwaan Sirul - Ramkarpal - Semasa | mStar

Kes Altantuya: Siasat Dakwaan Sirul - Ramkarpal

Ramkarpal (tengah) bersama Lip Eng selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, pagi Khamis.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh menggesa pihak polis menjalankan siasatan terhadap kenyataan bekas komando polis Sirul Azhar Umar, yang mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu.


Ramkarpal berkata tidak ada had masa untuk siasatan diteruskan walaupun sabitan telah dilakukan.

“Walaupun Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati untuk kes tersebut, itu tidak bermaksud kes ini telah berakhir.

“Memandangkan Sirul mendedahkan ada individu lain dalam kes tersebut, maka siasatan harus diteruskan secara terperinci walaupun sabitan telah dijatuhkan terhadapnya," katanya kepada pemberita selepas Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis mengenai perkara itu di Balai Polis Dang Wangi di sini, pagi Khamis.

Dalam temuramah dengan Malaysiakini awal minggu ini, Sirul mendakwa dia telah diarahkan untuk membunuh Altantuya dan mereka yang terbabit dengan motif pembunuhan masih lagi bebas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula melahirkan kebimbangan terdapat pihak yang mempunyai kepentingan telah mempengaruhi Sirul untuk menyatakan perkara tidak benar.

Ramkarpal, bagaimanapun berkata tugas Khalid adalah menyiasat dan bukan membuat spekulasi mengenai perkara itu.


"Ini bukanlah pendedahan biasa yang boleh diabaikan. Rakyat ada hak untuk tahu siapa yang mengarahkan pembunuhan itu.

"Ini menunjukkan dengan jelas terdapat orang lain di sebalik pembunuhan Altantuya. Tugasnya bukan membuat spekulasi. Tugasnya adalah untuk menyiasat, " kata Ramkarpal yang merupakan peguam mewakili keluarga Altantuya.

Sirul dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh model Mongolia pada tahun 2006 dan disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan Sirul, berikutan rayuan dikemukakan.

Pada 13 Januari tahun ini, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.

Sirul tidak hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan itu. Dia dipercayai telah pergi ke Australia dengan visa pelancong dan pasport yang sah tahun lalu.

Dia bagaimanapun telah ditahan pada 20 Januari oleh pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.


Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain