suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

34 Rakyat Asing Ditahan Dalam Ops Rantau

GEORGE TOWN: Polis menahan 34 rakyat asing dalam Ops Rantau di sekitar Kompleks Bukit Jambul di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 30 lelaki dan empat wanita iaitu 13 rakyat Indonesia, 11 Myanmar, enam Nepal dan Bangladesh serta Pakistan masing-masing dua orang.

"Kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah, tidak mempunyai permit bekerja atau tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sebanyak 282 lelaki dan 82 wanita telah diperiksa dalam operasi itu terdiri daripada 128 rakyat Indonesia, 129 Nepal, 77 Bangladesh, 17 Myanmar, sembilan Vietnam, tiga Pakistan dan seorang Sri Lanka.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20-an dan 30-an itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

Ops Rantau

Artikel Berikut

Artikel Lain