suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tempoh Reman Remaja Lelaki Bunuh Isteri Polis Disambung

Kelihatan tiga dari empat remaja lelaki yang disyaki membunuh isteri seorang anggota polis di Taman Tanjung Mas, Tanjung Rambuta.

IPOH: Tempoh tahanan reman empat remaja lelaki berkaitan kes bunuh isteri anggota polis di Taman Tanjung Mas, Tanjung Rambutan pada 11 Februari lepas, disambung enam hari lagi bermula Rabu.

Majistret Haslinda A. Raof membenarkan suspek berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun itu direman sehingga 23 Februari bagi membantu siasatan.

Peguam yang mewakili keempat-empat remaja itu, Mohamed Yazzer Azzad Zainudin berkata tempoh reman yang terdahulu tamat hari ini dan Majistret membenarkan tempoh reman disambung.    

Pada 11 Februari lepas, Izaah Abdullah, 52, yang merupakan isteri anggota polis peronda lebuh raya di Slim River, Tanjung Malim, ditemui mati di atas katil rumahnya dalam keadaan berlumuran darah dan terdapat kesan tikaman pada lehernya.   

Susulan kejadian itu, polis menahan empat remaja di sekitar kawasan perumahan itu serta di Bercham.

Artikel Berikut

Artikel Lain