suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang Pulih Hari Ini

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Hampir kesemua pengguna di kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang sejak Ahad, mula mendapat bekalan air secara berperingkat sejak awal pagi Isnin.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan pada Isnin berkata bekalan air pulih berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih telah meningkatkan semula pengeluaran air terawat kepada tahap normal, sejak 3 pagi tadi.

"Status pemulihan bekalan air adalah 100 peratus di Sepang dan Kuala Langat, manakala 97.3 peratus di Hulu Langat dan 31 peratus di Petaling," menurut kenyataan itu.

Syabas turut memberi bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki dan tangki air statik bagi mengurangkan kesulitan pengguna.

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 378 kawasan terlibat bermula semalam, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh LRA Sungai Semenyih akibat kandungan ammonia dan manganese yang tinggi.
Syabas, gangguan bekalan air

Artikel Lain