Ribut Petir Di Selangor, Sabah Hingga Petang - Semasa | mStar

Ribut Petir Di Selangor, Sabah Hingga Petang

KUALA LUMPUR: Ribut petir yang berlaku di perairan Selangor dan Sabah (Sandakan dan Tawau) dijangka berterusan sehingga awal petang Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter.

"Ia berbahaya kepada bot-bot kecil," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut ribut petir yang berlaku di perairan Selat Melaka Utara, Sulu dan Sulawesi juga dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Ribut petir berkenaan boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Ribut Petir

Artikel Sebelum

Artikel Lain