suria

Mydin Tawar Diskaun 30% Untuk 50 Barang Terpilih

PETALING JAYA: Pasar raya Mydin akan menawarkan diskaun sehingga 30 peratus diskaun untuk 50 barang terpilih bermula Jumaat.

Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) menyahut seruan kerajaan terhadap pemborong, peniaga, pembekal dan penternak untuk menurunkan harga barangan sejajar dengan penurunan harga minyak.

"Mydin berazam untuk membantu mewujudkan persekitaran sosio-ekonomi yang harmoni di negara ini.

"Saya terkilan bahawa terdapat sekumpulan kecil pembekal dan pengeluar yang masih tidak menurunkan harga barang.

"Saya juga mahu pasar besar yang lain untuk bersama-sama mempromosikan saranan yang mulia ini," kata Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin. 

Barang yang ditawarkan dengan diskaun termasuk ikan bawal, ikan selar kuning, cili merah, Milo (400 gram), timun, kopi cap Hang Tuah, rempah ratus Adabi (250 gram) dan lampin pakai buang jenama Huggies Drypers.

Penurunan harga itu akan dikuatkuasakan di 18 buah pasar raya Mydin, 16 emporium dan tiga bazar di seluruh negara.

"Kami menawarkan diskaun untuk memastikan rakyat tidak terbeban terutamanya mereka yang berpendapatan rendah," kata Ameer.
Mydin, diskaun

Artikel Sebelum

Ismail Sabri Harap Isu Boikot Selesai

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Ahmad Said, isteri disahkan positif Covid-19