Tak Pelik Jika Nuha Calon Permatang Pauh - Tun M - Semasa | mStar

Tak Pelik Jika Nuha Calon Permatang Pauh - Tun M

Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir tidak berasa pelik sekiranya Nurul Nuha, anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh nanti.

Malah, beliau berkata, sebagai parti keluarga, tentunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengisi kekosongan kerusi Anwar itu dengan ahli keluarganya.

"Sudah semestinya ia (PKR) sebagai parti keluarga, perlu digantikan oleh ahli keluargalah," katanya dalam nada sinis ketika ditemui pemberita selepas forum Dilema Malaysia di sini, Khamis.

Sejak Anwar dihukum kembali ke penjara atas kes liwatnya yang kedua, timbul khabar angin mengatakan Nuha bakal diletakkan sebagai calon PKR di kerusi Permatang Pauh.

Dalam pada itu mengulas mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengkritik keputusan institusi kehakiman negara berhubung kes Anwar, Dr Mahathir mengecam campur tangan kuasa besar itu.

"Sebab Anwar Ibrahim (adalah) calon Amerika untuk rejim perubahan di Malaysia... jadi mereka kecewa. Mereka juga penjarakan seseorang tanpa bicara, jadi tiada sebab untuk mereka kritik kita...mereka patut kritik diri sendiri," katanya.

Beliau berkata, walaupun White House berhak menghantar petisyen, Malaysia juga perlu mengambil tindakan sama memohon AS supaya tidak campur tangan dalam isu tersebut.

"Itu hak mereka untuk buat petisyen tapi kita patut buat petisyen supaya Amerika tak usah kacau...negara mereka pun tak boleh tadbir dengan baik," katanya lagi.

Artikel Sebelum

Nurul Nuha...Selamat Datang Ke Permatang Pauh

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain