suria

Pengulas Sukan Hasbullah Awang Meninggal Dunia

Hasbullah Awang

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan veteran negara, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis.

Allahyarham menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) IJN pada pukul 12.20 tengah hari ini.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediamannya  di Seksyen 32 Bukit Naga, Shah Alam pukul 3 petang Khamis.

Beliau merupakan seorang pengulas sukan di Malaysia yang kini bertugas di Astro Arena sejak Januari 2014 setelah menamatkan khidmat di RTM.

Hasbullah,63 memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1 dan pernah menjadi pembantu dalam mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era semi-pro pada awal 1990-an.

Personaliti kelahiran Teluk Intan, Perak itu juga pernah menyumbang suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Beliau pernah memenangi Anugerah Sri Angkasa bagi kategori pengulas televisyen sebanyak tiga kali iaitu pada 1989, 1991 dan 2004.

Beliau memilih untuk bersara awal pada 1994 dan menyertai Astro Arena pada Januari 2014 sebagai pengulas sukan.

Beliau juga pernah berkhidmat untuk TV3.

Hasbullah Awang, IJN, Bukit Naga

Artikel Sebelum

Artikel Lain