suria

Henti Buat Panggilan Boikot Peniaga Cina

Khalid Abu Bakar.
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara menggesa semua pihak berhenti membuat panggilan untuk memboikot peniaga Cina.

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata rakyat perlu menahan daripada membuat kenyataan umum mengenai isu ini.

"Ia menjejaskan keharmonian kaum.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah campur tangan untuk cuba membetulkan perkara itu tetapi orang masih bertengkar mengenainya," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Dalam posting Facebook pada Ahad, Ismail didakwa menggesa pengguna Melayu untuk memboikot perniagaan peniaga Cina yang mengekalkan harga barangan yang tinggi.

Posting itu menjadi viral di media sosial dan sejak itu ia telah dipadam.

Kabinet telah dimaklumkan pada Rabu bahawa posting yang dibuat di media sosial oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertujuan untuk menasihati peniaga-peniaga yang enggan mengurangkan harga barangan mereka sejajar dengan kejatuhan harga minyak.

Dilaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menjelaskan bahawa kata-kata menteri itu tidak disasarkan kepada satu kaum, tetapi ditujukan kepada semua peniaga.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa menegaskan bahawa Barisan Nasional akan membela dan mempertahankan kepentingan semua kaum.

"Oleh itu, sebarang pertelingkahan yang boleh menuju kepada polarisasi kaum di negara ini tidak sepatut dipanjangkan kerana ia hanya akan membawa kemudaratan kepada kita semua.," kata PMO dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel Lain