suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bom Tangan Ditemui Dalam Plastik Beras Pulut

BUKIT MERTAJAM: Polis menemui sebutir bom tangan yang disembunyikan dalam plastik berisi beras pulut  di Kampung Lalang di sini, pagi Khamis. 

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, penemuan bom tangan itu susulan penahanan dua lelaki berusia 28 dan 36 tahun di premis sama berkaitan kes dadah, pada Rabu.

"Penahanan dua lelaki itu juga mempunyai kaitan dengan kes dua tahanan lolos yang berjaya diberkas semula baru-baru ini.

"Hasil intipan dan serbuan pada Rabu, kita menahan dua lelaki di sebuah rumah dan menemui 60 gram (g) dadah jenis syabu dan merampas komputer riba dan peralatan pecah rumah," katanya pada sidang media pada Khamis. 

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, polis membawa kedua-dua suspek ke rumah berkenaan hari ini dan menjumpai bom tangan berkenaan.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

"Unit pemusnah bom juga akan mengenalpasti sama ada bom berkenaan masih aktif atau tidak," katanya.

bom tangan, beras pulut, dadah

Artikel Sebelum

DCA Batal Sidang Media MH370

Artikel Lain