suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

QZ8501: Laporan Awal Nahas Tak Termasuk Data Kotak Hitam

JAKARTA: Laporan awal mengenai nahas sebuah pesawat penumpang AirAsia bulan lepas yang mengorbankan 162 orang tidak akan termasuk analisis rakaman kotak hitam penerbangan, kata pegawai penyiasat Indonesia, Selasa.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSC) akan mengemukakan penemuan awalnya minggu ini kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengenai kemalangan maut pertama melibatkan syarikat penerbangan AirAsia.

Penerbangan QZ8501 hilang dari skrin radar pada 28 Disember, kurang dari separuh perjalanan penerbangan dua jam dari Surabaya, bandar kedua terbesar di Indonesia, ke Singapura. Tidak ada yang ditemui selamat

Operasi carian multinasional telah berjaya menemui 70 mayat setakat ini dan lebih banyak mayat diharap dapat ditemui selepas fiuslaj pesawat dapat dikesan. Tetapi cuaca dan jarak penglihatan di dasar laut yang buruk telah menghalang usaha penyelam tentera laut.

Artikel Lain