suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pegawai Lembaga Peperiksaan Didapati Tiada Kaitan Kes Kebocoran UPSR - Idris

Datuk Seri Idris Jusoh
KUALA LUMPUR: Dua pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia yang digantung kerja berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lepas, didapati tiada kaitan dengan kes itu.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kedua-dua mereka, bekas pengarah lembaga itu Dr Na'imah Ishak dan bekas timbalan pengarah operasinya Dr Wan Ilias Wan Salleh masih berkhidmat tetapi tidak lagi memegang portfolio mereka sebelum ini.

"Siasatan telah dilakukan Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam di Malaysia. Jawatankuasa itu telah menyerahkan dapatan mereka dan beliau (Dr Na'imah) didapati tidak bersalah," katanya kepada pemberita di sini Selasa dan menurutnya begitu juga Dr Wan Ilias.

Terdahulu, Idris menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Admissions Testing Service, University of Cambridge.

Keputusan untuk menggantung kedua-dua mereka diambil berikutan kebocoran soalan peperiksaan kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Artikel Lain