suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gudang Kayu Musnah Terbakar

TAWAU: Dua gudang menyimpan kayu di Kompleks Perindustrian Kayu-Kayan Tanjung Batu di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.12 pagi dan tiga jentera bomba bersama-sama 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kami turut dibantu 15 anggota dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan empat anggota polis.

"Kebakaran berjaya dikawal pada 4.40 pagi dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Punca kebakaran masih disiasat dan kerugian dianggarkan bernilai RM950,000, katanya.


kebakaran

Artikel Sebelum

Artikel Lain