suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemui Dalam Tali Air

Gambar hiasan.
KOTA BARU: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam tali air di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini, Khamis.

Mayat Wan Othaman Wan Hussin, 71, dari Kampung Wakaf Mek Zainab ditemui dalam keadaan tertiarap dengan memakai jaket berwarna hitam dan berkain pelekat oleh orang awam kira-kira pukul 12 tengah hari.

Anak sulung mangsa Wan Abdul Kamarulzaman, 42, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian berkenaan selepas menerima panggilan daripada jirannya.

"Biasanya pada waktu pagi ayah akan keluar minum di kedai kopi berhampiran kampung ini. Jadi, saya cuba mencarinya ditempat biasa dikunjungi tetapi tidak jumpa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Khamis.

Wan Abdul Kamarulzaman berkata pada Rabu, bapanya dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini kerana demam panas.

"Bagaimanapun, ayah dibenarkan pulang pada tengah malam tadi selepas rawatan  dan suhu badannya kembali normal," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan mayat mangsa telah dibawa HRPZII untuk bedah siasat.
mayat, warga emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain