suria

Rakyat Malaysia Suspek IS Ditahan Di Sel Penjara Berasingan

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan kumpulan Negara Islam (IS) ditahan di sel penjara berasingan dengan banduan lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Dalam Negeri menambah, dua penjara iaitu di Tapah dan Bentong telah digunakan untuk menahan suspek rakyat Malaysia.

"Mereka ditempatkan di sel berasingan untuk mengasingkan mereka daripada penghuni-penghuni lain.

"Ini adalah untuk memastikan mereka tidak mempunyai apa-apa peluang untuk mengajar, mempengaruhi atau menyebarkan ideologi mereka," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Penolong Setiausaha Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik, Jabatan Negara Amerika Syarikat, Daniel R Russel, di sini, Khamis.

Ahmad Zahid berkata setakat ini 67 orang rakyat Malaysia yang disyaki mempunyai hubungan dengan IS telah ditangkap.

Artikel Sebelum

"Noh Bohong" - MB Selangor

Artikel Lain