Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Perutusan Khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada Selasa, berkata pemberian visa secara percuma kepada pelancong antaranya dari China bertujuan memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang, inklusif dan mampan.
"Visa tetap perlu dipohon. Tetapi yang dikecualikan (percuma) adalah bayaran sebanyak 80 Yuan Renminbi yang dikenakan ketika ini.," katanya.
Katanya kabinet memutuskan bahawa pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan pemberian visa percuma itu akan dibuat selepas semua peraturan dan syarat-syarat diperhalusi oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
"Selepas itu kita akan umum secara rasmi di Kedutaan Malaysia di China dan semua Konsulat Jeneral Malaysia di China," katanya.


