suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Bekalan Air Di Seluruh Selangor Tidak Benar - Syabas

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menafikan maklumat palsu yang tersebar menerusi WhatsApp dan Facebook berhubung gangguan bekalan air selama 36 jam di seluruh Selangor mulai Khamis.
 
Syabas dalam satu kenyataan berkata sebenarnya gangguan bekalan air selama 36 jam itu hanya melibatkan sebahagian kawasan di daerah Hulu Langat dan Sepang berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah.

Syarikat itu sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan paip pecah di jajaran paip utama dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang. 

"Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja kecemasan itu telah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air telah dibuka semula kepada pengguna," katanya.

Syabas menjangkakan bekalan air di semua kawasan terlibat pulih sepenuhnya menjelang 8 pagi esok (Jumaat). 

Justeru itu para pengguna diharapkan tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik. 

Bagi mendapatkan maklumat terkini, layari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my.
gangguan air, Syabas

Artikel Lain