suria

Mesin Judi Berkomputer Bernilai Lebih RM1 Juta Dilupus

Khairuldin menggunakan jengkaut sewaktu Majlis Pelupusan Mesin Judi Berkomputer Sesi 2 dan 3 bagi tahun 2014 di Balai Polis Pandan Indah, Kuala Lumpur pada Khamis. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,057 komputer perjudian bernilai lebih RM1 juta yang dirampas pada 2014 dan 2013 oleh pihak polis dilupuskan di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata jumlah set komputer perjudian yang dirampas itu membabitkan 158 kertas siasatan. 

"Kesemua komputer mesin perjudian ini telah mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah Majistret Ampang Jaya selepas polis mendakwa kesemua pesalah di mahkamah dan mereka telah dijatuhkan hukuman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melupuskan barang kes itu di Balai Polis Pandan Indah dekat sini, Khamis.

Beliau berkata kegiatan perjudian komputer berinternet secara haram dijalankan secara senyap dan berselindung disebalik lesen kafe siber yang telah dikeluarkan kepada mereka secara sah.

"Lesen-lesen siber yang telah dikeluarkan kepada mereka bagi tujuan perniagaan kafe siber secara sah telah disalahgunakan bagi mengaut keuntungan,"katanya.

Khairuldin juga menyarankan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya supaya tidak memberikan semula lesen terhadap premis yang sememangnya terbukti menjalankan kegiatan perjudian. 


mesin judi, ACP Khairuldin Saad

Artikel Lain