suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Sabah Terus Meningkat

Hanya kenderaan pacuan empat roda dan jentera berat boleh mengharungi air banjir di laluan jalan raya Membakut-Beaufort pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam Khamis iaitu seramai 4,118 orang berbanding 3,035 orang petang tadi.

Di Sarawak pula menunjukkan sedikit penurunan kepada 3,067 orang daripada  3,071 orang, sementara di Kelantan dan Perak, jumlah mangsa masing-masing kekal 255 dan 77 orang.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di negeri-negeri terjejas banjir ialah 7,517 orang berbanding 6,438 orang.

Di SABAH, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shahid Othman berkata jumlah mangsa di empat pusat pemindahan di daerah itu meningkat kepada 1,310 orang malam Khamis daripada 423 keluarga berbanding 1,214 orang daripada 396 keluarga petang tadi.

Sementara di Membakut, Penolong Pegawai Daerah Membakut, Sarudin Ismail berkata jumlah mangsa di enam pusat pemindahan ialah 2,677 orang daripada 740 keluarga berbanding 1,694 orang daripada 604 keluarga.

Jumlah mangsa di Sipitang kekal seperti petang tadi iaitu 131 orang daripada 35 keluarga, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Daerah.

Di SARAWAK, Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah pusat pemindahan berkurangan satu, menjadikan jumlah keseluruhan 16 buah.

Pusat Pemindahan di Samarahan mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi dengan 1,277 mangsa diikuti Limbang (1,205 mangsa), Kuching (379 mangsa), Miri (123 mangsa) dan Mukah (83 mangsa).

Di KELANTAN, jumlah mangsa kekal seperti petang tadi iaitu 255 orang melibatkan 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.

Sementara di PERAK, jumlah mangsa juga tidak berubah iaitu 77 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

banjir, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain