Najib Doakan Nik Aziz Segera Sembuh - Semasa | mStar

Najib Doakan Nik Aziz Segera Sembuh

Najib Tun Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mendoakan agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera sembuh selepas mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di Kelantan sejak Selasa.

"Semoga Datuk Nik Abdul Aziz dikurniakan kesihatan oleh Allah SWT dan cepat sembuh dan diberi sebaik kesihatan oleh Allah SWT," katanya di dalam catatan terbaharu di laman Facebook dan Twitter.

Nik Abdul Aziz, 84, dimasukkan ke HUSM Isnin malam berikutan tahap kesihatannya yang menurun sejak banjir besar melanda Kelantan bulan lepas, selain menghidap kanser prostat.

Anak lelakinya Nik Mohamad Abduh hari ini berkata ayahandanya itu dilaporkan stabil dan menunjukkan reaksi lebih baik serta semakin positif terhadap semua rawatan yang diberikan.

Nik Abdul Aziz, yang menjadi menteri besar Kelantan sejak 1990, menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Ahmad Yakob selepas pilihan raya umum ke-13 pada 2013.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain