suria

Salahuddin Layak Ganti Hadi

Salahuddin Ayub, (kiri) disifatkan sebagai 'Mr Clean' dalam PAS dan dianggap individu paling layak untuk menggantikan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS.

PETALING JAYA: Selepas mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden PAS, bekas Exco Pemuda PAS Pusat, Zulhazmi Shariff sekali lagi mencetuskan kontroversi membabitkan kerusi nombor satu itu.

Terbaharu, peguam muda PAS tersebu mencadangkan supaya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub diberi peluang menduduki jawatan berkenaan pada pemilihan parti itu Jun depan.

Cadangan itu sekaligus dilihat sebagai penolakan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berada di hierarki tertinggi dalam parti selain dua lagi Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa.

Zulhazmi Shariff
"Bagi saya Salahuddin adalah orang yang paling layak. Beliaulah satu-satunya Mr Clean dalam PAS...beliau tidak memihak. Tak ada apa-apa isu yang dikaitkan dengan beliau.

"Takkan nak letak Mat Sabu (Mohamad)? Ada banyak persepsi dan tuduhan terhadap beliau...isu syiah, kuli DAP dan macam-macam lagi.

"Sama juga dengan Datuk Husam. Beliau ada banyak isu di Kelantan, ramai yang tahu bahawa beliau sendiri ditolak di Kelantan," katanya kepada mStar Online pada Isnin malam.

Bagaimanapun tambah Zulhazmi, beliau tiada masalah jika PAS mahu mengangkat Tuan Ibrahim ke jawatan presiden.

"Tapi isuanya masih sama. Tuan Ibrahim perlu lepaskan jawatan dalam Majlis Syura dan Pesuruhjaya PAS Pahang kerana kita tak mahu lihat berlakunya pertindihan kuasa.

"Biar beliau hanya fokus sebagai Presiden. Jika beliau diangkat sebagai Presiden dan dalam masa yang sama turut mempunyai jawatan di peringkat lain, pengasingan kuasa seperti yang saya cadangkan tetap tidak akan berlaku dalam PAS," katanya.

Artikel Lain