Mangsa Banjir Di Perak Menurun Petang Ini, Kelantan Tidak Berubah - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Perak Menurun Petang Ini, Kelantan Tidak Berubah

Beberapa penduduk di Kampung Kemubu, Kuala Krai berborak di hadapan rumah mereka yang rosak teruk akibat banjir baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Perak terus menurun petang Sabtu kepada 666 orang berbanding 684 orang tengah hari tadi, manakala Kelantan kekal dengan 520 orang seperti yang direkodkan pada tengah hari.

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di dua negeri terjejas banjir itu menurun daripada 1,204 orang tengah hari tadi kepada 1,186 petang Sabtu.

Di PERAK, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata lapan pusat pemindahan masih dibuka di tiga daerah negeri itu dengan Perak Tengah menempatkan 510 orang, Hilir Perak (122) dan Hulu Perak (34).

Di KELANTAN, jurucakap MKN Kelantan berkata 12 pusat pemindahan masih di buka di Kuala Krai yang menempatkan 490 orang daripada 109 keluarga manakala di Machang, 30 orang melibatkan lapan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Temangan.
banjir , Kelantan , Perak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Hentikan Segera Pembalakan Di Kelantan

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ulat tiket: Jangan beli!