suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Selamat Ditemui

KUALA PILAH: Empat warga Singapura dilaporkan sesat di Gunung Angsi, dekat sini selepas mendaki gunung itu awal pagi Ahad.

Penolong Pengarah Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berumur dalam lingkungan 21 hingga 27 tahun. 
 
"Mereka dilaporkan mula mendaki gunung tersebut pada pukul 8 pagi tadi dan dikatakan hilang arah pada pukul 11 pagi. Kami menerima panggilan kecemasan daripada pihak polis kira-kira pukul 7.30 malam.
 
"Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula pada pukul 8 malam disertai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah dan Senawang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Bagaimanapun, katanya, keempat-empat mangsa itu ditemui dalam keadaan selamat berhampiran asrama sebuah kilang di Senawang pada pukul 9 malam.

Katanya mereka kelihatan penat dan tidak bermaya disebabkan sesat dalam tempoh masa yang lama.
pendaki Gunung Angsi

Artikel Lain