suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Dilaporkan Hilang Ditemui Mati Lemas

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilapor hilang dari rumahnya di Kampung Pulau Kabung, Batu 36, Jalan Sitiawan dekat Beruas, petang Khamis ditemui mati pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mayat Muhammad Aqed Dariz Haraf Gilbert yang berusia setahun enam bulan ditemui pada 10.25 pagi oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak petang Khamis.

"Mangsa ditemui pada sebatang kayu yang tersangkut di sungai terletak kira-kira 50 meter di belakang rumahnya," katanya di sini, Jumaat.

Menurut Tengku Mohd Zailan, polis menerima laporan daripada ibu kanak-kanak itu yang menyedari kehilangannya pada 3 petang Jumaat.

"Ibu kanak-kanak itu memaklumkan anaknya seorang yang sangat aktif dan beberapa kali berpesan kepada anggota keluarganya agar lebih memerhatikan anaknya memandangkan sekarang musim hujan dan rumahnya berhampiran sungai," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat, katanya.

Artikel Lain