suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Beradik Selamat Ditemui Pagi Jumaat

JOHOR BARU: Dua beradik yang dilaporkan hilang di Taman Daya di sini pada malam Rabu telah ditemui semula pada pagi Jumaat.

Mohd Iman Zafri, 11, dan adiknya Nur Alysyah Zalfiera, 9, hilang selepas meminta kebenaran untuk ke kedai berdekatan membeli minuman.

Bagaimanapun difahamkan, keluarga mangsa telah dihubungi polis pada Jumaat dan dimaklumkan mengenai penemuan dua beradik tersebut.

Ibu bapa kanak-kanak itu akan dibenarkan menemui mereka selepas pemeriksaan kesihatan selesai dilakukan pihak berkuasa.

Punca kehilangan dua beradik itu dan di mana mereka ditemui juga masih belum didedahkan setakat ini.

Taman Daya, Dua Beradik Hilang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain