suria

Polis Marin Rampas Barangan Bersubsidi Diseludup

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Empat berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan kawalan dan bersubsidi bernilai kira-kira RM17,675 menerusi 'Op Paradise' pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Madun dalam satu kenyataan di sini pada Ahad berkata, antara barangan yang dirampas ialah gula pasir, minyak masak dan minuman keras.

Beliau berkata barangan tersebut dirampas daripada dua feri yang diperiksa di kawasan pelabuhan Tawau selepas didapati tidak mempunyai dokumen sah dan tiada pihak mengaku sebagai pemilik barangan berkenaan.

"Kesemua barangan tersebut telah dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut," katanya. 


Polis Marin, Subsidi

Artikel Lain