suria

Banjir: Penduduk Perlu Pindah Jika Diarahkan Pihak Berkuasa

KUDAT: Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan penduduk di daerah yang terjejas banjir agar segera berpindah ke pusat pemindahan apabila diarah berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Abdul Rahim, yang juga Anggota Parlimen Kudat, berkata penduduk tidak perlu menunggu sehingga keadaan bertambah teruk sebelum bersedia untuk berpindah ke pusat pemindahan.

Katanya Jawatankuasa Bencana Banjir peringkat daerah melibatkan semua agensi kerajaan diwujudkan yang dopengerusikan oleh Pegawai Daerah masing-masing.

"Semua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung serta Ketua Kampung perlu bersikap proaktif dan sentiasa bersiap sedia menghadapi bencana dengan menghubungi bilik operasi banjir di Pejabat Daerah masing-masing apabila perlu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat mangsa banjir dan menyampaikan bantuan berupa makanan dan minuman kepada lebih 900 mangsa di pusat penempatan banjir di Sekolah Kebangsaan Sikuati, di sini pada Ahad.

Katanya anggota Markas Briged Kelima Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, sentiasa bersiap sedia untuk digembleng bagi membantu operasi banjir.

Abdul Rahim berkata dalam menangani bencana banjir di kawasan utara Sabah, khususnya di Kota Belud, Pitas dan Kudat, Briged Kelima juga telah menghantar 64 anggota, enam bot dan lapan trak tiga tan untuk membantu proses pemindahan di samping menyediakan pasukan perubatan bagi memberi perkhidmatan kesihatan. 


Banjir, Kudat, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain