suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Lemas Ketika Menjala Ditemui Mati

IPOH: Seorang lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang akibat lemas dalam air banjir pada Rabu lepas, di ladang kelapa sawit Felcra Toh Paduka Raja dekat Kampung Gajah, ditemui pada Ahad.

Ketua Operasi Balai Bomba Penyelamat Seri Iskandar, Zaiful Affendi Ahmad berkata mayat mangsa, Mohamad Haris Mohamad Johari, dari Kampung Padang Gertak, Pulau Tiga ditemui anggota bomba kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian pada pukul 11.15 pagi itu.

"Pasukan bomba menggunakan teknik 'surface searching' ketika mencari mangsa.," katanya.

Pada Rabu lepas, Mohamad Haris, dilaporkan dikhuatiri lemas ketika sedang menjala ikan pada pukul 10.30 pagi.


Ipoh, Lemas, Menjala

Artikel Sebelum

Artikel Lain