suria

Empat Pusat Pengumpulan Bekalan Banjir Diwujudkan

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kiri) bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kiri) melihat bantuan yang akan dihantar kepada mangsa banjir di depoh pengumpulan barangan banjir di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada Jumaat. -- fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Sebanyak empat pusat kecil pengumpulan bekalan yang mula beroperasi hari ini diwujudkan Kedah, Melaka dan Perak bagi memudahkan pengagihan bekalan bantuan ke negeri-negeri terlibat dengan bencana banjir.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pusat itu bertempat di Batalion Ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja (6RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Jitra, Kedah; Dewan Serbaguna Markas 3 Divisyen, Kem Terendak, Melaka; Dewan 2 Briged Markas Staf Stesen Ipoh, Perak dan Dewan Piyuntinan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra di Ipoh.
 
"Pusat berkenaan akan beroperasi 24 jam dan diwujudkan bagi menerima bantuan daripada pusat pengumpulan utama serta sumbangan daripada kawasan setempat.
 
"Pusat ini diuruskan oleh Markas, Briged dan Unit Tentera di negeri atau kawasan tertentu," katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas untuk lawatan sehari bagi meninjau keadaan banjir di Dungun, Terengganu. Turut serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Artikel Lain