suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angin Kencang, Laut Bergelora Berterusan Hingga Esok

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor timur, Sarawak, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka berterusan sehingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi pada Selasa, angin kencang timur laut itu dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/jam) dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Rabu.

Jabatan itu juga memaklumkan angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga di perairan Samui, Tioman, Condore, Bunguran, Reef North, Layang-Layang, Reef South, Labuan dan Palawan juga dijanGka berterusan sehingga Rabu.

Angin kencang timur laut itu berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain