suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Janji Ambil Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Fitnah Banjir

KOTA BAHARU: Hanya sembilan kematian dan empat kehilangan direkod dalam kejadian banjir di Kelantan sejak 17 Dis lalu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim.

Oleh itu beliau menafikan laporan di media sosial mengenai angka kematian yang tinggi dan akan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak terbabit mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Katanya kes kematian membabitkan mangsa di Kota Baharu ialah tiga orang,  Pasir Mas (empat, satu hilang), Tumpat (dua) dan Kuala Krai (tiga hilang) yang kesemua berumur antara 1 tahun hingga 60 tahun.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat terhadap penyebar fitnah itu tetapi pihaknya telah mempunyai bukti pihak yang bertanggungjawab.

Mazlan berkata lapan pasukan rondaan juga telah ditubuhkan bagi memantau kegiatan jenayah semasa musim banjir yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng.

"Setakat ini belum ada laporan pecah masuk rumah dan kita yakin akan ada laporan selepas banjir," katanya.

Polis, Banjir, Fitnah

Artikel Lain