Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang berbaju lengan panjang dan topi keledar berpenutup penuh meluru masuk lalu memecahkan cermin tempat simpanan emas menggunakan sebatang besi yang dibalut dengan kertas pembalut hadiah.
Mereka kemudian melarikan empat dulang barangan kemas dengan menunggang sebuah motosikal, katanya dalam satu kenyataan.
Jaafar berkata sejurus melakukan rompakan, kedua-duanya melarikan diri ke celah lorong di antara Bank Rakyat dan Kolej Cosmopoint yang berhampiran namun besi yang digunakan untuk rompakan dijumpai di tepi jalan berkenaan di luar kedai.
Beliau berkata aspek keselamatan kedai itu longgar kerana tidak menggunakan khidmat pengawal keselamatan manakala ruang kedai pula berkongsi dengan salun rambut.
Sehubungan itu, Jaafar berkata polis melancarkan Ops Tutup untuk mengesan perompak terbabit di samping meneliti rakaman CCTV yang dipasang di kedai berkenaan.
Sementara itu, pemilik kedai yang dikenali sebagai Teng, 30-an, berkata kejadian rompakan ini merupakan kali ketiga berlaku dengan kali pertama pada tahun 2005 (kerugian RM400,000) dan jumlah kerugian yang sama untuk kali kedua pada awal tahun ini.
Katanya kejadian berlaku dengan begitu pantas iaitu dalam tempoh dua ke tiga minit sahaja.


