suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sesi Persekolahan Terjejas Banjir Ditangguhkan - Muhyiddin

Muhyiddin Yassin beramah mesra bersama mangsa-mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Stadium Sukpa di sini Jumaat.

KUANTAN: Sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan ditangguhkan sehingga keadaan banjir kembali pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia akan diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan negeri bergantung kepada perkembangan banjir di negeri masing-masing.

"Kita lihat dulu, kalau keadaan memerlukan ... boleh dilambatkan (sesi persekolahan) kerana sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan itu tidak jadi masalah.

"Semua prosedur operasi standard (SOP) tentang perkara itu telah sedia ada. Pegawai Jabatan Pendidikan peringkat negeri dan daerah pun tahu, malah guru besar pun tahu, jadi tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Pahang (Sukpa) pada Jumaat.

Turut serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

sekolah tangguh

Artikel Berikut

Artikel Lain