suria

50 Warga Asing Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Warga Myanmar

Polis menemui mayat salah seorang warga asing yang dibunuh pada Khamis.

GEORGE TOWN: Polis menahan 50 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan di Persiaran Relau 12 bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Myanmar pada Khamis.

Harun Nurusallam, 40, mati dipercayai akibat dipukul dengan tukul besi selain pipi kanannya ditoreh dengan senjata tajam pada kejadian pukul 7.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, ACP P.R Gunarajan berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 17 warga Myanmar, Bangladesh (19), Indonesia (lapan) dan Nepal (enam).

"Mangsa dikatakan diserang sekumpulan lelaki yang juga pekerja di tapak binaan itu sebelum diselamat rakan-rakannya, namun disahkan meninggal dunia kemudiannya," katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan melibatkan dua kumpulan kecil pekerja asing di tapak binaan berkenaan sehingga menyebabkan kematian mangsa.

kes bunuh Myanmar

Artikel Lain