suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Dipercayai Suspek Tikam Dua Beranak Ditahan Di Alor Setar

Gambar hiasan.
ALOR SETAR: Polis Kedah menahan seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 20-an yang dipercayai ada kaitan dengan kes cubaan rompakan bersenjata yang mengakibatkan dua cedera ditikam pada Khamis lalu.

Polis menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Teluk Kechai di Jalan Kuala Kedah di sini kira-kira pukul 1.30 pagi Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya, berkata anggotannya turut merampas sebilah pisau dari lelaki tersebut yang dipercayai digunakan semasa insiden itu.

Pada pagi Khamis, Adriana Ahmad Kamil, 45, dan anak perempuannya, Nur Amira Ashaari, 22, cedera akibat diserang dan ditikam dalam satu cubaan rompakan di rumah mereka di Taman Harapan di sini.

Kedua-duannya dilaporkan berada dalam keadaan stabil.


tikam, rompak, Alor Setar

Artikel Berikut

Artikel Lain