Bekalan Ubat Mencukupi Sepanjang Musim Banjir - Dr Hilmi - Semasa | mStar

Bekalan Ubat Mencukupi Sepanjang Musim Banjir - Dr Hilmi

Seorang penduduk Mohd Firdaus Mohd Yusuf, 25, terpaksa meredah arus yang deras di hadapan rumahnya untuk ke pusat pemindahan banjir ketika tinjauan fotoBernama di Rantau Panjang, Sabtu. Foto BERNAMA

BALIK PULAU: Bekalan ubat-ubatan dijamin mencukupi sepanjang musim banjir walaupun terdapat beberapa klinik dilapor ditenggelami air, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya dua klinik dimasuki air sehingga paras dada di sekitar Kelantan sejak beberapa hari lepas namun sebahagian perkakasan perubatan di dalam bangunan terlibat sempat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

"Saya akan meninjau lokasi kejadian Isnin ini untuk meninjau keadaan klinik berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kerosakan dan sebagainya selain melawat mangsa banjir di sana," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sekolah peringkat Parlimen Balik Pulau dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini Sabtu.

Katanya, klinik sementara akan ditempatkan di pusat pemindahan yang mempunyai lebih 1,000 mangsa banjir dengan lima petugas kesihatan akan ditugaskan pada satu masa secara bergilir.

"Mereka terdiri daripada seorang doktor, dua pembantu perubatan serta dua jururawat dan bilangan itu akan ditambah mengikut keperluan," katanya.

Dr Hilmi berkata, klinik bergerak menggunakan bot serta kenderaan pacuan empat roda turut akan melakukan rondaan berjadual bagi memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.

Beliau turut menasihat pesakit yang perlu menggunakan ubat secara berterusan mendapatkan bekalan ubat tambahan untuk sepanjang tempoh musim banjir sebagai persiapan awal.

Terdahulu dalam program berkenaan 600 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan persekolahan berbentuk baucar bernilai antara RM100 dan RM120 setiap seorang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL