suria

Gelaran 'Datuk' Ditarik Balik Daripada Sekurang-Kurangnya Tiga Ahli Politik

Dari kiri, Ibrahim Ali, Khir Toyo dan Chua Jui Meng.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ahli politik berprofil tinggi yang paling baharu ditarik balik gelaran 'Datuk Seri', tetapi beliau bukanlah satu-satunya ahli politik yang menerima nasib seperti itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menarik balik anugerah Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang diberikan kepada Anwar dan membawa gelaran Datuk Seri berkuatkuasa 3 November, juga pernah menarik balik gelaran yang diberikan kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo pada tahun 2011.

Dr Khir, yang berdepan tuduhan rasuah, digantung gelaran 'Datuk Seri' dengan syarat ia akan dikaji semula jika beliau didapati tidak bersalah dan bebas daripada kesalahan.

Beliau kemudiannya didapati bersalah pada bulan Disember 2011 dan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara. Gelaran ini belum dikembalikan kepadanya.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang diberi gelaran 'Datuk' dibatalkan oleh istana Kelantan pada tahun 2010.

Tiada sebab diberikan bagi pelucutan gelaran itu di mana beliau merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Beliau telah dianugerahkan gelaran itu pada tahun 2003 oleh Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra. Beliau juga telah dianugerahkan anugerah Datuk dari Melaka pada tahun 1994 dan Selangor pada tahun 1999.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng juga ditarik balik dua gelaran Datuk oleh istana Johor pada tahun 2010.

Chua turut menerima gelaran Datuk dari Pahang dan Selangor, masing-masing pada tahun 2002 dan 2003.

Pada Khamis, Istana Selangor berkata Anwar telah dilucutkan gelaran yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 kerana beliau telah "berulang kali mempersoalkan kewibawaan Sultan dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor, dan juga mempersoalkan isu-isu lain yang berkaitan dengan Islam."

Anwar juga dianugerahkan gelaran Datuk yang diberikan kepadanya dari hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia.

Artikel Lain