suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rekod Kelahiran Untuk Kanak-Kanak Tanpa Kewarganegaraan Di Sabah

Dua kanak-kanak pendatang sedang meminta sedekah di sebuah pasar di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Kanak-kanak tanpa kewarganegaraan yang dilahirkan di Sabah akan dikeluarkan dokumen rekod kelahiran dan tidak lagi akan mendapat sijil kelahiran.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata langkah itu adalah untuk mengelakkan kekeliruan.

Beliau berkata dokumen tersebut bukan merupakan sijil kelahiran justeru ia tidak boleh digunakan untuk mendapatkan kewarganegaraan.

"Dokumen 'rekod kelahiran' adalah untuk mencatat kelahiran kanak-kanak. Warnanya berbeza dengan sijil kelahiran untuk warganegara, " katanya ketika mengumumkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah, Rabu.

Ali berkata, keputusan untuk mengeluarkan dokumen kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di Sabah telah dibuat selepas mesyuarat Kabinet pada 14 November. 
Keputusan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya di sini pada 16 November.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain