suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ditarik Balik

Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilucutkan gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepadanya pada tahun 1992 oleh Sultan Selangor.

Pelucutan gelaran itu berkuat kuasa pada 3 November.

Istana Selangor dalam satu kenyataan pada Khamis berkata keputusan untuk membatalkan gelaran itu dibuat kerana Anwar mempersoalkan kewibawaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja sejak akhir 2013 termasuk dalam menyelesaikan kemelut menteri besar baru-baru ini.

"Sultan Selangor selepas berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz (S.S.S.A) yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim pada 1992, adalah ditarik balik berkuatkuasa 3 November, selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dalam negeri Selangor serta kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran seperti mana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959," menurut kenyataan tersebut.

Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin , Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan bahawa beliau tidak lagi  layak untuk memegang sebarang gelaran.


Artikel Lain