suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PPP Sokong Penuh Keputusan Kekal Akta Hasutan

M Kayveas.

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948.

Presiden parti, Tan Sri M Kayveas berkata, akta itu seharusnya dikekalkan bagi memastikan negara terus melangkah ke hadapan kerana ia dapat memelihara keamanan dan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

"PPP menyokong penuh," katanya Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-61, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ) di sini, Ahad.

Pada Khamis lalu, Najib pada Perhimpunan Agung Umno mengumumkan bahawa Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan, tetapi turut diperkukuhkan bagi melindungi kesucian Islam serta agama-agama lain.

Kayveas berkata, Malaysia merupakan negara yang unik kerana semua kaum dapat memelihara nama, bahas, festival dan budaya masing-masing.

"Kita tidak sepatutnya menumpukan kepada masalah tetapi lihatlah penyelesaiannya. Kita berharap kesederhanaan ini dapat bangkit, bersuara dan berpendirian bagi menentang pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan kita," katanya.


M Kayveas, Akta Hasutan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain