suria

PAU 2014: Najib Tolak Nepotisme

Najib bersama barisan kepimpinan tertinggi Umno menyanyikan lagu parti sebaik selesai Perhimpunan Agung Umno, Sabtu.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan mengamalkan nepotisme dengan menyuruh Menteri Besar Negeri Sembilan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, jika itu yang dilakukan, beliau pasti akan dituduh mengamalkan nepotisme terbesar.

“Ish..ish..ish bayangkan kalau saya suruh MB Negeri Sembilan letak jawatan, suruh bini saya jadi MB negeri itu, matilah saya.

"Tapi, dia tak nak jadi MB, jadi ketua bahagian pun dia tak nak. Ini nepotisme yang terbesar,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di sini, Sabtu.

Kata-kata Presiden Umno itu disambut gelak-tawa perwakilan yang berada di dalam Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau membuat perumpamaan itu bagi mengkritik sikap ketua pembangkang yang menggunakan kuasanya untuk mendesak seorang wakil rakyat meletak jawatan supaya isterinya boleh bertanding dan dilantik sebagai menteri besar.

“Jangan fikir kita teruk tapi pembangkang lagi teruk. Boleh pula suruh wakil rakyat letak jawatan isteri nak bertanding sebab isteri nak jadi MB,” katanya.

Najib turut menyindir sikap pembangkang yang mempertahankan pemimpin mereka walaupun secara terang-terangan melakukan sesuatu kesalahan.

“Kalau kita tengok pembangkang, dia jaga pemimpin (mereka). Pemimpin tak betul dia bela habis-habisan," katanya yang meminta ahli Umno supaya menegur barisan kepimpinan untuk memajukan parti itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain