suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAU 2014: 'Ratu Selfie' Mahu Puteri Ikut Trend Semasa

Hazrene Begam Mohd Husin.
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno perlu seiring dengan peredaran masa dalam usaha menarik golongan muda menyertai sayap pergerakan Umno itu bagi bersaing dengan pembangkang, kata Ketua Puteri Bahagian Kepong, Hazrene Begam Mohd Husin.

"Kita perlu mengikut trend semasa. Sebagai contoh, golongan muda tertarik kepada media sosial dan kita perlu mengikut trend itu. Malah, saya juga digelar 'ratu selfie' oleh rakan-rakan saya!," kata Hazrene, 32, ketika ditemui pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Hazrene yang mengendalikan dua tadika berkata, Pergerakan Puteri di bahagiannya bukan sahaja menggunakan media sosial untuk menyampaikan ideologi parti dan program tetapi juga menganjurkan ceramah dan kursus pendidikan agama seperti kursus jenazah untuk orang ramai.

Beliau berkata, sayap pergerakan itu juga merancang untuk mengadakan aktiviti rekreasi seperti kelas Zumba yang dapat membantu menghapuskan persepsi negatif seperti anggota Puteri dilabelkan sebagai 'anak gajah'.

Sementara itu, Ketua Puteri Bahagian Kimanis, Saudah Sarzaman, 35, berharap agar kepimpinan Puteri di negara ini akan membantu meningkatkan promosi aktiviti sayap pergerakan itu pada masa hadapan supaya ia dapat berkembang dengan cepat.

"Sekiranya terdapat mereka yang berkelayakan di kalangan Puteri, tidak salah jika kita bekerja untuk menggilap bakat mereka.

"Fokus lebih kepada kualiti daripada kuantiti. Dan untuk mendapatkan kualiti, kecemerlangan akademik dan penerimaan rakyat adalah satu keperluan," katanya.


Puteri Umno, Ratu Selfie

Artikel Lain