Logo Minuman Keras Pada Papan Iklan Tidak Dibenarkan - Semasa | mStar

Logo Minuman Keras Pada Papan Iklan Tidak Dibenarkan

MELAKA: Logo minuman keras tidak lagi dibenarkan menghiasi papan iklan dan sengkuap pada premis dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) khususnya di badar raya ini bermula September lepas.

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata pemilik premis akan diberi tempoh enam bulan daripada tarikh tamat tempoh lesen perniagaan dan iklan mereka tahun ini untuk menukar papan iklan yang mematuhi peraturan tersebut.

"Sebanyak 14,400 premis akan terlibat dalam peraturan ini dan kita jangkakan pada awal 2016, tiada lagi premis dalam kawasan pentadbiran MBMB khususnya Bandaraya Melaka menggunakan logo minuman keras pada papan ikan dan 'retractable awning' mereka.

"Jika pemilik premis gagal berbuat demikian setelah diberi tiga notis, mereka akan dikompaun RM250 di bawah Undang-undang Kecil Iklan MPMT 1983 dan papan tanda mereka akan diturunkan," katanya kepada pemberita semasa meninjau penggunaan papan iklan gegantung di Jalan Ong Kim Wee di sini, Jumaat.

Sementara itu Zainal berkata MBMB akan memastikan papan iklan yang dipasang di kawasan pentadbirannya khususnya Bandaraya Melaka adalah mesra pelancong.

"Kita tidak mahu papan iklan itu mengelirukan pelancong. Kita mahu membantu pelancong mengenal pasti premis serta tempat dituju dengan mudah dan pantas," katanya.

Minuman Keras , Melaka

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain