MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali? - Semasa | mStar

MH370: Sampai Bila Nak Digantung Tak Bertali?

Khairul Anwar Rahmat.
PETALING JAYA: Ketiadaan sijil kematian susulan status pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masih belum dimuktamadkan sehingga kini bukan sahaja menyukarkan proses pernikahan suami salah seorang penumpang pesawat malang itu, malah beberapa waris lain turut berhadapan pelbagai masalah lain sejak tragedi itu berlaku 8 Mac lalu.

Beberapa waris penumpang pesawat yang hilang itu turut mengadu menghadapi beberapa kesukaran dalam menyelesaikan pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa.

Aduan tersebut disampaikan kepada Pertubuhan Sukarela Peguam Malaysia (SukaGuam) yang dalam dilema mengenai apa yang patut dilakukan mengenai status pesawat yang masih 'tergantung tidak bertali' itu.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, beberapa waris telah menemuinya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung permasalahan 
yang dihadapi.

"Mereka datang mengadu masalah pinjaman perumahan, kereta dan kad kredit milik mangsa. Buat masa ini, mereka hanya dapatkan khidmat nasihat daripada kami," katanya kepada mStar Online.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya tidak menerima sebarang permintaan daripada waris yang mahu kes tersebut dibawa ke mahkamah.


"Setakat ini belum ada waris yang mahu membawa kes ini ke peringkat pemfailan. Sekarang, hanya di peringkat khidmat nasihat sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Khairul berkata, beliau sedia membantu sekiranya ada waris yang mahukan bantuan guaman bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

"Insya-Allah kalau mereka datang kami sedia membantu, jika ada waris yang mahu mendapatkan bantuan guaman," katanya.

Khairul yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Johor berkata, beliau akan mengetengahkan isu status MH370 ketika membahaskan ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Khamis ini.

"Insya-Allah, perkara ini akan dibahaskan pada Khamis ini. Kita mahu status pesawat tersebut dimuktamadkan dengan segera agar waris dapat meneruskan kehidupan masing-masing," katanya.

Beliau berkata, keputusan untuk memuktamadkan status pesawat tersebut perlu dibuat dengan mengambil kira pandangan terkini daripada Majlis Fatwa Kebangsaan dan nasihat pakar yang boleh mengesahkan pencarian tersebut sudah berakhir.

"Kerajaan juga perlu ambil kira hasil analisis teknologi satelit yang mengatakan pencarian sudah muktamad supaya suatu tempoh yang munasabah ditetapkan dalam mengisytiharkan status pesawat itu. Tidak perlu tunggu tempoh empat atau tujuh tahun untuk mengesahkan kematian," katanya.

Jelas beliau, sekiranya terdapat alasan kukuh yang menyokong kepada keputusan tersebut, sijil kematian bolehlah dikeluarkan dengan segera bagi memudahkan proses tuntutan insurans dan pampasan kepada waris mangsa.

MH370 , PAU 2014 , Khairul Anwar Rahmat , SukaGuam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain