suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syed Ali Nafi Dakwaan Umno Tidak Iktiraf Wanita

KUALA LUMPUR: Parti Umno merupakan satu-satunya parti yang selama ini mengiktiraf dan menghargai jasa serta peranan wanita di negara ini, jelas Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

"Kejayaan beberapa pemimpin Wanita Umno menjadi menteri kabinet, timbalan menteri dan Ahli Dewan Negara (Senator) kerana kepercayaan pucuk pimpinan negara kepada kebolehan dan kemampuan wanita," jelasnya di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.com pada Selasa.

Syed Ali menafikan dakwaan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari dalam laporan mStar Online pada Isnin bahawa  parti lain termasuk pembangkang lebih mengiktiraf kaum wanita dalam bidang politik jika dilihat kepada barisan kepimpinan tertingginya.

"Kenyataan Rosni Zahari adalah bohong dan jelas tidak berfakta," jelasnya.

Kata Syed Ali, pihaknya sentiasa bersikap terbuka jika terdapat mana-mana pemimpin Wanita UMNO terutamanya mahu menyandang apa-apa jawatan dalam parti termasuk Naib Presiden UMNO tetapi dengan syarat mereka bertanding dalam parti itu. 

Artikel Lain